Lama jugak sara tak update blog kan3.. Sorry la ea.. Sara tak ada mood nak update blog last two weeks..
So, hari ni sara nak jadi ustazah jap!
Hahahaha..Jangan terkejut ye cik jah.......
Oke! Actually tadi sara check email mommy..
Then terjumpa artikel pasal Datuk Nik Aziz cakap pasal HUKUM HUDUD
Actually sara pon tak berapa faham hukum hudud tu ape..
So, sara pon google la HUKUM HUDUD
And jumpa penerangannya kat tayibah.com seperti di bawah ye...
Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
Zina;-Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Qazaf (menuduh zina); Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
Minum arak;Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
Mencuri;Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
Merompak;Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
-sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
-sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
-sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
Riddah (murtad);Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
Kalau hukuman hudud ni betol-betol dilaksanakan kat malaysia.. Nescaya negara kita aman makmur lagi tenteram.
Lepas ni tak la sara nak takut keluar pakai hand beg mahal-mahal.. (Takut Snatch thieves )






Maisara Anuar.


