“PERINGATAN AWAL :: POST INI AGAK
PANJANG MOHON KUATKAN IMAN DAN BERSABAR DALAM MENGHADAM POST INI”
Mengambil cermin muhasabah sambil
menilik diri sendiri, ternyata masih banyak sifat-sifat mazmumah dalam diri. Sangat
takut, terutama apabila baca ayat-ayat perihal orang munafiq. Ternyata banyak
sifat-sifat mereka memercik pada diri, walaupun bukan secara akidi.
Mengintai umat Islam menggunakan
teropong Islam, ternampak budaya Barat sedang mengambil alih ajaran Junjungan
Rasulullulah SAW. Benarlah sabda Sang Kekasih SAW, kita umat Islam akan ikut
Yahudi dan Nasara walaupun ke dalam lubang biawak.
Kerajaan?
Sang kerajaan ialah ayah kepada
rakyat, mendidik anaknya supaya beramal dengan Islam. Keadaan yang berlaku
nampaknya tidak begitu. Anak telah menjadi ayah, menasihati si ayah supaya
beramal dengan Islam.
Zaman kita ini nampaknya umat Islam
memang sedang diuji. Bermula dari diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, dan
kerajaan.
Dan seterusnya.
Melihat realiti umat yang tenat dunia
mengimpikan kembalinya kemuliaan Islam pada tempatnya. Kita lihat kembali sejarah
Islam suatu masa dahulu, khalifah Harun Ar-Rashid pernah mengancam Nakfur maharaja Rom dalam sepucuk surat yang
diutuskan kepada maharaja Rom tersebut dengan katanya,
“Bismillahirrahmanirrahim, dari Harun Ar-Rashid Amirul Mukminin kepada Nakfur
anjing Rom, jika kamu tidak membayar jizyah aku akan memerangi kamu dengan
tentera yang awalnya di sisimu dan akhirnya di sisiku”.
Inilah kekuasaan yang pernah dikecapi oleh umat Islam suatu masa
dahulu, menundukkan para penyembah taghut kepada pemimpin yang hakiki, yang
memelihara umat menyebar risalah. Malangnya realiti itu telah hilang dengan
hilangnya iman umat, dengan perancangan musuh yang penuh telilti dikala umat
terus lalai.
Maka menjadi impian semua
untuk melihat Islam ini kembali menjadi Ustaziatul Alam (Memimpin Dunia). Namun
sekadar menunggu dan berharap tidak akan menghasilkan sebarang natijah yang
diimpikan. Imam Hasan Al-Banna telah menjelaskan turutan amal praktikal bagi
kita mencapai cita-cita ini iaitu :
(1) Membina Insan
Muslim
Pembentukan individu Islam
merupakan objektif paling asasi. Insan muslim adalah lelaki atau wanita,
kanak-kanak, pemuda atau pemudi. Cara2 bentuk insan berkualiti tinggi di segi
aqidah, iman, kefahaman, amalan & sumbangan hendaklah melalui :
(i)Murabbi atau pendidik yg
bersungguh dlm usaha-usaha mendidik dan membentuk individu.
(ii)Manhaj yg boleh
diharapkan.
(iii)Suasana persekitaran yg
baik dan mempunyai kemudahan-kemudahan yg boleh digunakan.
Jika ada kecacatan salah satu dari ketiga2 cara ini, maka akan cacatlah hasilnya nanti. Memberikan penekanan yg penting terhadap Tarbiyah kerana ia adalah jalan
§ memantap kefahaman yg asli,
memperbetul dan mendisiplin amal & tingkahlaku, jelaskan halal & haram,
terangkan kewajipan2 dan cara utk laksanakannya demi mencari pahala dan
ganjaran Allah swt.
§ menanam pengertian & panduan hidup
berukhuwwah, saling mempercayai dan bekerja dlm satu ikatan yg teguh berasaskan
Al-Quran dan As-Sunnah.
Sesuatu usaha keluarkan peribadi2 Islam yg sejati dan ikuti perkembangan tarbiyah secara berterusan hendaklah :
§ miliki kefahaman sahih mengenai
peranannya dan usaha gigih yg sepatutnya demi jalankan tugasan dgn baik dan
berjaya.
§ tarbiyah sahih & berhasil diukur
sejauhmana akal & hati seorang itu dpt diterangi ilmu, zikir, amalan dan
sumbangannya.
§ tarbiyah adalah ukuran kematangan
dimana antara tanda2nya ialah wirid harian seorang muslim, iktikaf tahunannya,
qiyamullail, akhlak mulia, bulat tekadnya melebih kepentingan umum melebihi
diri sendiri, cemerlang dlm
bidang ilmu, jlnkan tugas dlm rumahtangga, masyarakat dan tempat kerjanya.
§ miliki sikap ambil berat hafazan
Al-Quran & Hadis, hubung antara hafazan dgn amal & akhlak, patuh &
iltizam dgn manhaj Al-Quran & Al-Hadis, beri perhatian besar kpd
mendidik/melahirkan belia, dewasa & kanak2 secara berorganisasi dan
tersusun agar memiliki keperibadian Islam demi utk mencapai objektif yg telah
gariskan.
(2) Keluarga Islam
Melahirkan keluarga Islam
merupakan objektif kedua dari ojektif-objektif yg hendak dicapai. Utk ini
pelbagai cara digariskan utk menjadikan objektif inisuatu realiti di alam
nyata. Diantaranya ialah :
(i)Seorang muslim memberi
perhatian yg sewajarnya terhadap keluarganya samada terhadap suami, isteri
& anak2.
(ii)Berikan hak secukupnya terhadap peranan wanita melalui buku, risalah, perjumpaan, persidangan wanita dlm ruang lingkup pembinaan keluarga Islam.
(iii)Memilih isteri yg salehah
dan suami yg saleh.
(iv) Menyediakan bagi
anak-anak aktiviti-aktiviti yg berfaedah dan produktif.
(v)Menyedia dan membentuk
keperluan dan kemudahan yg boleh membantu urusan kekeluargaan di semua
peringkat disamping memperincikan peranan wanita di dlm bidang kerja, sumbangan
dan pembinaan masyarakat.
(vi)Membersihkan suasana di
dlm rumah dari sebarang bentuk yg bertentangan dgn Islam dgn cara mengetahui
dgn betul garis-garis panduan yg terdapat di dlm Al-Quran dan As-Sunnah.
(vii)Menerbitkan buku2/majlis
ilmu di masjid/surau serta perpustakaan khusus bagi wanita.
(viii) Menghilangkan
faktor-faktor material dan spiritual yg menghalang terbentuknya keluarga Islam.
(3) Masyarakat Islam
Adalah sukar wujudnya atau
usaha utk wujudkan perlaksanaan Islam di tahap undang2 atau kerajaan melainkan
dlm masyarakat yg digerak oleh Iman, mengetahui objektif & matlamat Iman
itu sendiri melalui kefahaman mrk terhadap Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,
sedang mrk juga beramal memenuhi tuntutan Al-Quran dan Al-Hadis tersebut.
Kerajaan Islam tidak tertegak di atas asas yg kosong,
§ ia tegak di atas asas Iman, kefahaman
sahih yg dibukti oleh amalan, pengorbanan dan sumbangan masyarakatnya yg
berharap ganjaran & pahala Tuhan yg menurunkan Islam atas RasulNya, maka
dgn ini akan tertanam kukuh Iman di dlm hati, kefahaman dlm akal fikiran dan
amalan pada anggota, tingkahlaku, perbuatan dan politik.
§ mesti ada suatu tempoh di mana
tersebar luasnya prinsip2 Islam, dipelajari & diamal oleh masyarakat hingga
mrk beri lebih keutamaan kpd kepentingan awam & matlamat2 Islam yg besar
melebihi kepentingan2 peribadi mrk dan objektif2 yg kecil.
§ guna kekerasan bukanlah jalannya krn
dakwah yg hak & benar ialah dakwah yg menerpa rohani, sentuh jiwa dan buka
pintu2 hati manusia terlebih dahulu; mustahil ruh, hati & jiwa dpt
diluruskan semata2 dgn guna rotan & mata lembing.
§ cara sebenar hendaklah dakwah kearah
mantapkan hati & kefahaman hingga ia jadi kenyataan & tingkahlaku di
persekitaran dan medan.
Wujudnya masyarakat Islam adalah dgn melalui jalan memahami Islam dan pembentukan syahsiyah mrk.
§ Rasulullah beri tumpuan dakwah
terhadap jiwa & hati; ajak kpd Iman dan amal, himpun hati2 mrk atas asas
kasih sayang & persaudaraan, lalu bertambahlah kekuatan aqidah bersama dgn
kekuatan kesatuan dan persaudaraan.
§ manhaj yg mesti dilalui oleh para
pendakwah masakini; ajak & jelaskan Ideologi, agar yakini & bekerja utk
capai matlamat, bersatu krnnya hingga Ideologi ini bertambah menonjol & tersebar ke
seluruh pelusuknya.
Demikianlah sunnah Allah dan
kita tidak akan dapati sebarang perubahan terhadap sunnah Allah ini.
Sesungguhnya jalan mewujudkan masyarakat Islam ialah dgn
§ memperkenalkan Islam dan jamaah,
membentuk mrk dgn akhlak, nilai, adab dan tingkahlaku Islam melalui
perjumpaan-perjumpaan awam, media massa, buku, risalah, perbincangan, dakwah
fardiyah dan sebagainya
§ memberi penumpuan mendidik mrk kearah
menguatkan nilai memberi sumbangan & pengorbanan utk Islam.
4) Kerajaan Islam
Melalui kefahaman, amalan dan
iltizamnya terhadap Islam,
§ kita tidak tuntut kekuasaan
pemerintahan utk diri kita; kita bukan dahagakan kekuasaan atau sebarang bentuk
keduniaan;
§ kiranya ada dari kalangan umat yg
bersedia utk pikul tugas yg berat ini, laksana amanah & pemerintahan dgn
Manhaj Islam dan Al-Quran, maka kita rela jadi tentera dan pembantu mrk.
§ jadi kerajaan bukanlah matlamat akan
tetapi ia adalah jalan, amanah dan bebanan berat.
§ kita lebih memahami keadaan dan
realiti dari membuat penonjolan utk dapatkan kekuasaan dan pemerintahan
sedangkan jiwa umat Islam dlm keadaan setenat ini.
Mestilah di sana suatu tempoh
tertentu dimana
§ prinsip2 Islam tersebar meluas
sehingga masyarakat tahu bagaimana harus mrk utamakan kepentingan umum melebihi
kepentingan peribadi dan bagaimana mrk harus berperanan di dlm sebuah negara
Islam.
§ Ini bermakna masyarakat Islam adalah
cara utk menuju ke arah wujudkan kerajaan Islam.
§ Umat pula yg empunya hak dlm memilih
kerajaan yg akan pimpin mrk dan bergabung dgn sesiapa yg mrk kehendaki.
(5) Negara Islam
Negara Islam yg memimpin
negara2 Islam ke arah kesatuan, himpunkan kembali umat dan negara Islam yg
terpecah2 dan kembalikan tanahair Islam yg dijajah. Jalan utk tegakkan Negara
Islam tersebut ialah kerja yg bersepadu lagi bersatu dari peringkat awal lagi.
Oleh kerana itu hendaklah di sana diusahakan dakwah, organisasi, perancangan,
tarbiyah yg bersepadu lagi bersatu bersandarkan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya
yg akan bawa kesatuan dlm saf, amal, objektif dan matlamat.
(6) Negara Islam Bersatu (Khalifah)
Menegakkan the United States of Islam yg gabung negara2 yg didiami oleh umat
Islam.
§ satu negara yg tunduk di bawah
kepimpinan yg satu berperanan dlm memastikan perlaksanaan Syariat Allah dan
beramal dgn ajaran2nya, sebarkan risalah Islam, kukuhkan kewujudan Islam di
pentas antarabangsa.
§ Cara mencapainya ialah dgn melalui
persiapan2 awal yg sahih dgn memilih tapak2 yg baik dan sesuai yg darinya
dilancarkan Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia ke arah mencapai kemuncak
objektif.
(7) Negara Islam Antarabangsa (Ustaziatul ‘Alam)
Berusaha dirikan Negara Islam
Antarabangsa yg memastikan hak setiap insan di mana shj mrk berada agar dlm
keadaan bebas, aman, dpt beri pandangan & beribadah. Mencapai tertegaknya
Negara Islam Bersatu merupakan laluan yg terjamin ke arah mencapai objektif ini.
§ dibangun atas asas Iman sebagai daya
upaya yg gerakkan ke depan menuju matlamat, ianya juga bergantung kpd asas Ilmu
utk capai kemajuan, pertahanan dan keamanan utk umat ini.
§ Sekatan ilmu dan teknologi yg
dikenakan Amerika atas dunia Islam dan Arab jelaskan lagi kpd kita betapa
pentingnya ilmu dlm mengadakan persiapan persenjataan moden yg menjaga sebarang
pencerobohan, bahkan membuat usaha2 politik dan ketenteraan utk menguasai dan
belenggu umat lain. Ia juga menjelaskan betapa ketinggalannya umat Islam
apabila mrk tunduk kpd sekatan ini dan patuh dgn piagam sana dan sini sedang
musuh mrk tidak mematuhi sebarang piagam yg telah dipersetujui. Kesannya,
kekuatan berpihak kpd mrk dan bukan kpd umat Islam. Islam mewajib umatnya
tuntut ilmu walau di mana shj tempat di dunia. Rasulullah saw bersabda “Menuntut
ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan”. Juga
kata2 “Tuntutlah ilmu walau di negeri Cina”. Bersandarkan Syariat
Allah yg wajibkan ilmu, menuntutnya dan usaha carinya, Ibnu Taimiah sebut
berkenaan dgn ilmu, katanya “Apabila orang2 yg bukan Islam mendahului umat
Islam dlm sesuatu bidang ilmu atau kemahiran, maka semua orang-orang Islam
adalah berdosa”.







Maisara Anuar.



No comments:
Post a Comment